berdukakan | sl berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka: mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yg sedang gering; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duka | (perasaan hati yg) susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat; berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya; berdukakan sl berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka: mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yg sedang gering; mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, mendukacitakan: sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya; kedukaan 1. perihal (sesuatu) yg mendukakan, kesedihan, kesusahan hati, kedukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |