rerot | (rérot) Jk; bererot, bererot-rerot berjalan beriring-iring (berduyun-duyun) mererot berderet-deret, berduyun-duyun, berjejer, beruntun-runtun; rerotan deretan, runtunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bondong | Mn kumpulan, tompok; ~ air, ~ ikan prb turut-turutan (pekerjaan orang kaya hendak ditiru oleh orang miskin);berbondong-bondong berduyun-duyun: penumpang-penumpang ~ naik ke geladak;berbondongan berduyun-duyun: burung bangau terbang ~ mengarah ke selatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berduyun-duyun | (datang, pergi dll) beramai-ramai dan tidak putus-putus; berpusu-pusu; beriring-iring: ~ orang pergi menonton perlawanan bola sepak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berduyun-duyun | (datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong: ketika itu orang sedang ~ pergi ke tempat kerja masing-masing; pagi-pagi lagi, orang sudah ~ menuju ke Stadium Merdeka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duyun | ; berduyun-duyun (datang, pergi dll) beramai-ramai dan tidak putus-putus; berpusu-pusu; beriring-iring: ~ orang pergi menonton perlawanan bola sepak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duyun | ; berduyun-duyun (datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong: ketika itu orang sedang ~ pergi ke tempat kerja masing-masing; pagi-pagi lagi, orang sudah ~ menuju ke Stadium Merdeka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bererotan | berduyun-duyun, berderet-deret, berjejal-jejal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bererot | berduyun-duyun, berderet-deret, berjejal-jejal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbondongan | berduyun-duyun: burung bangau terbang ~ mengarah ke selatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bererotan | berduyun-duyun, beriring-iring. | Kamus Dewan Edisi Keempat |