berek-berek II | (bérék-bérék) Kl berterusan, tidak putus-putus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berek-berek I | (bérék-bérék) sj burung (biasanya terbang malam), a) Merops leschenaulti; b) Merops philipinus; ~ laga siang, malam sekelelapan prb nampaknya berselisih sahaja, tetapi batinnya mereka seia sekata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beberek | (bebérék) berek-berek (sj burung). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berek | /bérék/ rumah berderet tempat tinggal polis atau tentera; tangsi: ~ polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berek | (bérék) bangunan atau kumpulan beberapa buah rumah utk tempat tinggal anggota tentera atau polis: ~ polis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berek | /bérék/ rumah-rumah berderet tempat tinggal polis atau tentera; tangsi. | Kamus Pelajar |
kampemen | (kampemén) IB berek tentera, sekumpulan rumah atau perkhemahan tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bedeng | (bédéng) 1. berek (rumah sementara utk pekerja-pekerja dll); 2. = bedengan batas (utk menanam sayur dll); 3. batas, permatang (sawah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangsi I | 1. asrama (polis, tentera), berek: kira-kira setengah jam kemudian sampailah mereka ke ~ polis; anak ~ anak serdadu; 2. ark bp penjara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangsi I | asrama tempat tinggal anggota polis atau tentera; berek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |