Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rem.bang] | برمبڠ

Definisi : merembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rem.bang] | برمبڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg tumbuh di tepi pantai), berombang, gedalu, Sonneratia alba; buah ~ a) buah pokok berembang; b) bulatan pd puncak tiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berembang

Puisi
 

Buah berembang di atas para,
     Anak kumbang terlampai-lampai;
Memakai subang kusangka dara,
     Rupanya memang ditebuk tupai.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berembangmerembang;Kamus Dewan Edisi Keempat
buah berembanga) buah pokok berembang; b) bulatan pd puncak tiang.Kamus Dewan Edisi Keempat
buah berembanga) bulatan pd puncak tiang bendera dll; b) bekas kapur yg menyerupai buah berembang;Kamus Dewan Edisi Keempat
berembangsj tumbuhan (pokok yg tumbuh di tepi pantai), berombang, gedalu, Sonneratia alba; buah ~ a) buah pokok berembang; b) bulatan pd puncak tiang.Kamus Dewan Edisi Keempat
buah1. bahagian tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik (biasanya berbiji): pokok ini sudah ada ~nya; 2. biji yg agak besar dan keras: ~ kemiri; ~ keras; 3. benda yg menyerupai buah tertentu; ~ berembang a) bulatan pd puncak tiang bendera dll; b) bekas kapur yg menyerupai buah berembang; ~ bidara a) manik yg menyerupai buah bidara; b) gula-gula yg menyerupai buah bidara; ~ melaka a) buah pokok melaka; b) sj kuih, onde-onde; 4. bahagian (badan manusia dll) yg menyerupai buah; ~ betis jantung betis, daging pd betis; ~ lengan otot besar pd lengan atas; 5. bermacam-macam benda bulat; ~ baju butang; ~ guli kelereng; 6. penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu): se~ rumah; beberapa ~ kerusi; 7. ki hasil sesuatu perbuatan (usaha dll), akibat: segala usahanya tidak memberi ~; 8. ki bahan, pokok, pangkal; ~ cakap a) pokok percakapan; b) hasil percakapan; 9. pergerakan atau teknik dlm seni silat utk mematahkan serangan lawan: ~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajarinya; ~ agregat (Bio) buah yg terbentuk drpd bunga tunggal (spt strawberi) atau drpd beberapa bunga (spt nanas); ~ benar = ~ sebenar (Bio) buah yg terbentuk drpd ovari sahaja (mis buah betik); ~ bengang (Bio) buah yg kelopaknya pecah (apabila masak); ~ bibir sebut-sebutan orang; ~ butir pokok pembicaraan (perbincangan dll); ~ catur anak catur (benda kecil-kecil yg digunakan dlm permainan catur); ~ dacing batu penimbang; ~ dada susu, tetek; ~ fikiran pendapat; ~ hati orang yg dikasihi, jantung hati; ~ hidup buah yg masih segar; ~ kalam karangan, tulisan; ~ kalengan Id buah dlm tin; ~ kering a) buah yg dikeringkan; b) (Bio) buah yg perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang; ~ kesenian hasil kesenian; ~ ketot buah bantut; ~ kumpuan buah majmuk; ~ lidah buah yg kelopaknya pecah dr pangkal ke hujung; ~ majmuk buah yg terjadi drpd rangkaian bunga; ~ mata a) biji mata; b) orang yg dikasihi; ~ melaka (kuih) onde-onde; ~ mimpi sesuatu yg dimimpikan; ~ mulut percakapan (perbualan) orang, buah bibir; ~ palsu (Bio) buah yg terbentuk drpd bahagian lain bunga, bukannya drpd ovari (mis buah gajus); ~ pantat kedua-dua belah bahagian punggung; ~ pelir biji dlm kantung kemaluan lelaki; ~ pembicaraan a) pokok pembicaraan; b) hasil pembicaraan; c) sebut-sebutan orang; ~ pena buah kalam; ~ perut Mn orang-orang yg menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ pinggang (sepasang) organ perkumuhan yg terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dlm bentuk air kencing dan mengawal osmosis; ~ remia Kd sj buah spt kundang tetapi lebih kecil bentuknya; ~ sepudung beberapa buah yg terbit drpd satu bunga; ~ serahim buah yg terjadi drpd satu bunga; ~ sesentul buah yg spt buah epal, mempunyai biji pd terasnya; ~ sulung buah yg pertama (permulaan); ~ susu sj tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia; ~ tahun sesuatu yg jarang terdapat; ~ tangan a) hasil pekerjaan; b) barang yg dibawa dr perjalanan, oleh-oleh; ~ tanjung sj kuih; ~ tasbih a) butir-butir pd tasbih; b) sj tumbuhan (herba), Canna orientalis; ~ undi ark buah dadu; ~ zakar buah pelir; ~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin prb tidak berdaya utk mencapai yg dicita-citakan (diharapkan); ~ yg manis berulat di dalamnya prb mulut manis biasanya mengandung maksud yg jahat; bagai ~ keras di dlm sekul prb bercakap dgn tergopoh-gopoh; di mana ~ masak, di situ burung banyak tampil prb kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun; laksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri prb barang yg telah tua itu dgn sedikit tenaga rosaklah ia; sebab ~ dikenal pohonnya prb drpd pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya; sebuah satu buah; menyebuahkan menjadikan satu; buah-buahan 1. buah tiruan; 2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah; berbuah 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik);berbuah-buah ki menjadi-jadi: ratap yg ~; berbuahkan mendapat (mempunyai) sbg buah: padi itu ~ emas;membuahi 1. Id menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dgn gen betina; 2. = membuah-buahi mencampuri, menambah-nambah: dia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dgn ratap;membuahkan menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman;pembuahan perihal membuahi (penghamilan).Kamus Dewan Edisi Keempat
bedatasj tumbuhan (pokok), berembang, gedaba, pedada, Sonneratia caselaris.Kamus Dewan Edisi Keempat
bedatsj tumbuhan (pokok), berembang, gedaba, pedada, Sonneratia caselaris.Kamus Dewan Edisi Keempat
perapatsj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang, gedabu, redada dan perapat laut (Sabah), Sonneratia spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
magasawihsj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang bukit, magas dan tagahas (Sabah), sawih (Sarawak), Duabanga spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
susu lopeksj tumbuhan (rumpai laut yg boleh dimakan), berembang bukit, Longetia malayana;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas