Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.nang.re.nang] | برنڠ - رنڠ

Definisi : berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang-renang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berakit-rakitbergerak ke sana sini di air dgn me­ng­gunakan rakit: biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian; ~ ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang;Kamus Dewan Edisi Keempat
berenang-renangberenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersnorkelberenang(-renang) dgn memakai snorkel: saya dan rakan-rakan dibawa ~ utk melihat keindahan batu karang di perairan pulau itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berakitbergerak di air dgn menggunakan rakit; menaiki rakit: ~-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mandi1 = bermandi membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu. 2 berenang-renang di dlm air: Mari kita pergi ~ di laut. ~ angin sentiasa kena angin. ~ darah a. berlumuran darah. b. menumpahkan darah (dlm pergaduhan dll). ~ embun membiarkan diri terkena embun. ~ kerbau mandi dgn tidak bergosok (tidak bersih). ~-manda berbagai-bagai cara atau upacara mandi. ~ peluh basah tubuh badan kerana berpeluh. ~ Safar upacara mandi pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar. ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm bilik kecil yg dipenuhi wap, utk menyegarkan dan menyihatkan badan. bermandikan penuh atau dipenuhi dgn: Kota raya Kuala Lumpur ~ cahaya berwarna-warni. memandikan 1 membersihkan tubuh badan seseorang dgn air: Maheran sedang ~ anaknya di bilik air. 2 mencelupkan atau menyelamkan sesuatu ke dlm benda cair. permandian tempat mandi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berakitbergerak di air dgn menggunakan rakit; menaiki rakit: ~-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.Kamus Pelajar
kawan I1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melaku­kan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pema­kan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (meng­anggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerom­bolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti.Kamus Dewan Edisi Keempat
berbilasmandi bagi kali kedua dgn air bersih; mandi dgn air tawar sesudah mandi di laut atau di kolam renang: Setelah mandi berenang-renang di laut, mereka ~ dahulu sebelum bertukar pakaian.Kamus Pelajar
berbilas1 mandi bagi kali kedua dgn air bersih; mandi dgn air tawar sesudah mandi di laut atau di kolam renang: Setelah mandi berenang-renang di laut, mereka ~ dahulu sebelum bertukar pakaian. 2 dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya, atau dijirus dgn air supaya bersih: Pinggan itu belum ~ lagi, baru dicuci dgn sabun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bilas; berbilas 1 mandi bagi kali kedua dgn air bersih; mandi dgn air tawar sesudah mandi di laut atau di kolam renang: Setelah mandi berenang-renang di laut, mereka ~ dahulu sebelum bertukar pakaian. 2 dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya, atau dijirus dgn air supaya bersih: Pinggan itu belum ~ lagi, baru dicuci dgn sabun. membilas membasuh bagi kali kedua atau seterusnya dgn air bersih utk menghilangkan kotoran yg masih tinggal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas