Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fi.kir] | برفيکير

Definisi : menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fi.kir] | برفيکير

Definisi : bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfikir

Puisi
 

Orang Kedah hilir berdikir,
     Sapu tangan bungkuskan bunga;
Apa sudah duduk berfikir,
     Lepas tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
habis-habis1. hingga habis kesemuanya (ke­se­luruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memper­hitung­kan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (se­be­sar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka me­maki-maki; memakan ~ me­nyorok hi­lang-­hilang prb merahsiakan se­suatu biar­lah sampai tidak diketahui orang sedikit pun;Kamus Dewan Edisi Keempat
berfikir-fikirberfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya;Kamus Dewan Edisi Keempat
logik1. sains yg berkaitan dgn prinsip yg membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir (atau kaedah berfikir), ilmu mantik; 2. dapat diterima oleh akal, masuk di akal, munasabah: kanak-kanak itu dilatih berfikir secara teratur dan ~; pendapatnya itu ~; kelogikan perihal, keadaan logik (diterima akal); ketidaklogikan perihal (keadaan, sifat, dsb) yg tidak logik; pelogik yg menjadikan sesuatu logik (diterima akal).Kamus Dewan Edisi Keempat
fikir1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku; berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya; memikiri memikir; memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain; terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; sefikiran sependapat, sefaham; berfikiran mempunyai fikiran (akal dll); pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; pemikir orang yg berfikir, ahli fikir.Kamus Dewan Edisi Keempat
sehabis-habis1. hingga tidak tinggal (ber­sisa) sedikit pun, kesemuanya: jikalau dikha­barkan dgn ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling, sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berfikir panjangmempertimbangkan baik-baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
berfikirmenggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
fikir1 kata dlm hati; ingatan. 2 akal budi; ingatan: ahli ~ orang yg pandai-pandai; ahli falsafah; kurang ~ tidak difikirkan baik-baik. berfikir bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. memikir menganggap; menyangka: Engkau fikir aku tidak tahu akan hal yg sebenarnya! memikirkan 1 berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2 mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3 mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. terfikir (sudah) difikirkan; terkandung dlm ingatan; teringat: Tidak ~ olehnya bahaya yg akan dihadapinya. fikiran 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. berfikiran mempunyai fikiran; berakal. pemikiran cara atau hal memikirkan sesuatu. pemikir orang yg kuat berfikir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
termenungduduk diam sambil berfikir atau bertafakur ttg sesuatu; berfikir panjang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berfikirbekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas