berganjak | bergerak sedikit dr tempat asal; beralih atau berengsot sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berganjak | 1. beralih, beranjak, berengsot: dia tidak mahu ~ dr tempatnya; 2. ki berubah (pendirian dsb): dia teguh dgn pendiriannya yg lama, tidak ~ sedikit pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjak | ; berganjak bergerak sedikit dr tempat asal; beralih atau berengsot sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. mengganjakkan menjadikan beralih dr tempat asalnya; mengengsotkan sedikit: Saya tidak berdaya ~ almari itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganjak | ; berganjak 1. beralih, beranjak, berengsot: dia tidak mahu ~ dr tempatnya; 2. ki berubah (pendirian dsb): dia teguh dgn pendiriannya yg lama, tidak ~ sedikit pun;mengganjak, mengganjakkan mengalihkan, menganjakkan, mengubah tempat, mengensotkan: peti besi tidak dapat diganjak oleh seorang sahaja;terganjak teralih, teranjak, terengsot; tidak ~ a) tidak teralih; b) ki tidak dapat diubah lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersiah | 1. berganjak ke tepi (utk mengelakkan sesuatu), menepi (utk memberi jalan dll): waktu berpapasan jalan denganku, dia akan ~ seolah-olah takut terkena najis; 2. ark berlari dgn tidak tentu arah, berlari tunggang-langgang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjak | berganjak,/b> bergerak sedikit dr tempat asal; beralih atau berengsot sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. mengganjakkan menjadikan beralih dr tempat asalnya; mengengsotkan sedikit: Saya tidak berdaya ~ almari itu. | Kamus Pelajar |
bertahan | 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertahan | 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeras | 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidis I | Sl berganjak atau beralih tempat (dlm permainan guli dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |