gaul | campur, baur, kacau; bergaul 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja;menggauli, mempergauli mencampuri, berkawan secara mesra dgn: yg digauli Juriah orang muda-muda belaka;menggaulkan mencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur mati, pasir dan air;pergaulan perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaul | ; bergaul 1 menjadi bercampur atau berbaur sehingga susah hendak mengasing-asingkannya: Ia menyuapkan nasi yg ~ dgn sayur dan lauk itu ke mulutnya. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bercampur dgn orang lain; bersahabat: Pelajar-pelajar yg banyak ~, banyak membuang masa dgn berbual, pergi ke parti dsb. menggaul mengacau supaya bergaul (antara satu dgn yg lain); mengaduk; membancuh: Sambil bercerita itu, Ali terus juga ~ nasinya dgn kuah dan sambal. menggauli melakukan hubungan jenis dgn; menyetubuhi. mempergauli menggabungkan diri dgn masyarakat; mencampurkan diri dgn: Dia hanya ~ orang-orang yg setaraf dgnnya saja. mempergaulkan menggalakkan atau membiarkan seseorang bergaul dgn orang-orang lain. pergaulan hal bercampur atau bergaul dgn orang lain; percampuran: Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dlm ~ sehari-hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercampur | 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercampur | 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Minyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermesra | 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermesraan | 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan, bercengkerama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur | 1. = bercampur bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dlm satu kumpulan; logam ~ dua atau lebih jenis logam yg disatukan; 2. (dlm ilmu hisab) ditambah kpd atau disatukan dgn (angka yg dinyatakan): dua ~ tiga, jumlahnya lima; kira-kira ~ kira-kira yg menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah; ~ bicara = ~ mulut masuk campur (dlm hal orang dll); ~ tangan a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; bercampur 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk; mencampuri 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; mencampurkan 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. menjadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. menghubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; tercampur sudah bercampur, tergaul, terkacau; campuran 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; percampuran 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercampur | 1. bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Minyak dgn air tidak akan ~. 2. berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. | Kamus Pelajar |
gaul | bergaul 1. menjadi bercampur atau berbaur sehingga susah hendak mengasing-asingkannya: Ia menyuapkan nasi yg ~ dgn sayur dan lauk itu ke mulutnya. 2. berkenalan dan berbaik-baik; bercampur dgn orang lain; bersahabat: Pelajar-pelajar yg banyak ~, banyak membuang masa dgn berbual, pergi ke parti dsb. menggaul mengacau supaya bergaul (antara satu dgn yg lain); mengaduk; membancuh: Sambil bercerita itu, Ali terus juga ~ nasinya dgn kuah dan sambal. menggauli melakukan hubungan jenis dgn; menyetubuhi. mempergauli menggabungkan diri dgn masyarakat; mencampurkan diri dgn: Dia hanya ~ orang-orang yg setaraf dgnnya saja. mempergaulkan menggalakkan atau membiarkan seseorang bergaul dgn orang-orang lain. pergaulan hal bercampur atau bergaul dgn orang lain; percampuran: Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dlm ~ sehari-hari. | Kamus Pelajar |
bergaul | 1 menjadi bercampur atau berbaur sehingga susah hendak mengasing-asingkannya: Ia menyuapkan nasi yg ~ dgn sayur dan lauk itu ke mulutnya. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bercampur dgn orang lain; bersahabat: Pelajar-pelajar yg banyak ~, banyak membuang masa dgn berbual, pergi ke parti dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |