bergegar | 1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergegar | bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegar | ; bergegar 1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. menggegarkan menyebabkan menjadi bergegar, menggoncangkan: Letupan bom di kawasan itu telah ~ rumah-rumah di sekitarnya. gegaran hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gegar | bergegar 1. bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2. bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. menggegarkan menyebabkan menjadi bergegar, menggoncangkan: Letupan bom di kawasan itu telah ~ rumah-rumah di sekitarnya. gegaran hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. | Kamus Pelajar |
gegar | gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegaran | hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergeger | bergentar, bergegar, bergema; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegaran | perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegaran | hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. | Kamus Pelajar |
menggegarkan | menyebabkan menjadi bergegar, menggoncangkan: Letupan bom di kawasan itu telah ~ rumah-rumah di sekitarnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |