bergendang paha | bersuka-suka kerana penderitaan orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergendang | memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain; ~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergendang tangan | bertepuk tangan spt bergendang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergendang | 1 mempunyai atau ada gendang. 2 memukul (memalu) gendang. 3 memukul (memalu) sesuatu spt tong, meja dll mengikut irama tertentu. ~ tangan bertepuk tangan spt bergendang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergendang | 1. mempunyai atau ada gendang. 2. memukul (memalu) gendang. 3. memukul (memalu) sesuatu spt tong, meja dll mengikut irama tertentu. ~ tangan bertepuk tangan spt bergendang. | Kamus Pelajar |
gendang | alat bunyi-bunyian drpd kayu bulat berongga yg direntangi kulit pd mulutnya utk dipukul. ~ berangkat bunyi gendang yg dipalu ketika raja berangkat. ~ keling gendang yg disangkut pd leher dan dipukul dgn kayu. ~ melela gendang yg sebelahnya dipukul dgn kayu dan sebelah lagi dipukul dgn tangan. ~ nobat gendang yg digunakan dlm nobat. ~ perang bunyi gendang yg dipalu ketika berperang. ~ raya gendang besar (di surau, masjid dll) yg dipalu utk sesuatu tujuan; tabuh; beduk. bergendang 1 mempunyai atau ada gendang. 2 memukul (memalu) gendang. 3 memukul (memalu) sesuatu spt tong, meja dll mengikut irama tertentu. ~ tangan bertepuk tangan spt bergendang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gendang | alat bunyi-bunyian drpd kayu bulat berongga yg direntangi kulit pd mulutnya utk dipukul. ~ berangkat bunyi gendang yg dipalu ketika raja berangkat. ~ keling gendang yg disangkut pd leher dan dipukul dgn kayu. ~ melela gendang yg sebelahnya dipukul dgn kayu dan sebelah lagi dipukul dgn tangan. ~ nobat gendang yg digunakan dlm nobat. ~ perang bunyi gendang yg dipalu ketika berperang. ~ raya gendang besar (di surau, masjid dll) yg dipalu utk sesuatu tujuan; tabuh; beduk. bergendang 1. mempunyai atau ada gendang. 2. memukul (memalu) gendang. 3. memukul (memalu) sesuatu spt tong, meja dll mengikut irama tertentu. ~ tangan bertepuk tangan spt bergendang. | Kamus Pelajar |
paha I | 1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul; 2. bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul; 3. sl perempat, suku; se~ sesuku; ~ belalang a) paha yg kecil dan lurus; b) sj penyemat (pin) baju; c) spring, pegas; ~ kek bahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang); bergendang ~ prb bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan; cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga prb kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya; diberi betis hendak ~ prb diberi sedikit, kemudian hendak banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gendang I | 1. sj alat muzik drpd kayu bulat panjang yg berongga dan direntang dgn kulit (pd hujung pangkalnya); ~ nobat gendang yg dipakai utk nobat; ~ perang gendang yg digunakan semasa berperang; juru~ orang yg memukul gendang; 2. langgam (pukulan) gendang sbg isyarat, cara memukul gendang; ~ arak-arakan cara memukul gendang sewaktu berarak; ~ berangkat gendang yg menyatakan raja berangkat; ~ keling = ~ merdangga gendang yg disandang pd leher dan dipukul dgn kayu; ~ kembali gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan raja kembali; ~ melela = ~ serama gendang yg sebelah dipukul dgn kayu, dan yg sebelah lagi dipukul dgn tangan; ~ pendengar Id selaput telinga yg menerima suara; ~ perhentian = ~ galanjur gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan orang harus berhenti; ~ raya Kd beduk (tabuh); bagaimana bunyi ~, begitulah tarinya prb patuh pd segala perintah; situ juga ~ berbunyi prb sentiasa sama sahaja (tidak berubah); gendang-gendang, gendangan sj selaput, kulit ari; bergendang memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain; ~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |