Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gen.ta] | برݢنتا

Definisi : mempunyai genta: perisainya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergenta

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bergentamempunyai genta: perisainya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedikir1. sl lagu perang: maka Tun Bija Sura pun menyanyi ~, perisainya bergenta ...; 2. penyanyi dikir; ®dikir.Kamus Dewan Edisi Keempat
perisai1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pe­lindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta ten­tera yg berdinding atau berlapis besi (utk me­lindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai.Kamus Dewan Edisi Keempat
melayamsl melela-lela­kan pedang dll, mengayunkan pedang dll: maka Tun Bija Sura pun menyanyi pedikir, perisainya bergenta, maka ia pun ~lah di hadapan Betara Majapahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlayamsl melela-lela­kan pedang dll, mengayunkan pedang dll: maka Tun Bija Sura pun menyanyi pedikir, perisainya bergenta, maka ia pun ~lah di hadapan Betara Majapahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
layam; berlayam, melayam sl melela-lela­kan pedang dll, mengayunkan pedang dll: maka Tun Bija Sura pun menyanyi pedikir, perisainya bergenta, maka ia pun ~lah di hadapan Betara Majapahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
genta1. loceng kecil-kecil (utk perhiasan gelang kaki, leher lembu, dll); 2. loceng besar (pd gereja dll); ~ alamat genta yg dibunyikan kalau terjadi sesuatu hal yg penting dlm negeri; anak ~ pemukul loceng; menggerakkan (menggoyangkan) ~ membunyikan loceng; bergenta mempunyai genta: perisainya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas