Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
semasa1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diper­katakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
maju1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagai-mana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu?; ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; memajukan 1. menyorong (menolak, meng­gerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkem­bangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. men­jadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kero­hanian (spt etika, moral, dsb); pemajuan perihal atau perbuatan memaju­kan; pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
mara IIbergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar.Kamus Dewan Edisi Keempat
masa I1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu per­mainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu seng­gang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diper­katakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
paling II; berpaling mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan (muka) ke arah lain; mengarahkan (muka) ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
paling II; berpalingmengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan muka ke arah lain; mengarahkan muka ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu.Kamus Pelajar
mara IIbergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpalingmengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghadapkan1 menghalakan muka atau bahagian depan ke; mengarahkan ke: Semasa bergerak mengelilingi bumi, bulan ~ mukanya hanya sebelah saja ke bumi. 2 membawa ke muka pengadilan (mahkamah): Dia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghadapkan1. menghalakan muka atau bahagian depan ke; mengarahkan ke: Semasa bergerak mengelilingi bumi, bulan ~ mukanya hanya sebelah saja ke bumi. 2. membawa ke muka pengadilan (mahkamah): Dia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri.Kamus Pelajar
1234

Kembali ke atas