bergilap | digilap: kenapa awak memakai kasut yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembikar | 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; memberi makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gilap | licin dan berkilat (spt barang-barang perak yg baru digosok); bergilap digilap: kenapa awak memakai kasut yg tidak ~; gilap-gemilap bercahaya gemerlap, berkilauan;menggilap menggosok supaya gilap: cara mencanai dan ~ kanta;gilapan hasil mengilap: dgn ~ terakhir, dia memandang kasut itu dgn kepuasan; penggilapan perihal (proses, perbuatan) menggilap;penggilap 1. bahan (alat) yg digunakan utk menggilap sesuatu: ~ kasut; 2. orang yg menggilap sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembikar | 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. 2 serpihan atau pecahan pinggan mangkuk dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tembikar | 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk dll) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. | Kamus Pelajar |