gores | (gorés) garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis; bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut); menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan; menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja; tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya; goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores; penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan; penggores alat (spt pisau dll) utk menggores. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergores-gores | bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beruris-uris | berbaris-baris, bergaris-garis, bergores-gores. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uris | Mn baris, garis, gores; beruris-uris berbaris-baris, bergaris-garis, bergores-gores. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gores | /gorés/ garis yg agak panjang; calar: ~ api mancis; korek api. bergores ada goresnya; bercalar. menggores membuat sesuatu menjadi bergores; mencalar. menggoreskan menggunakan sesuatu utk membuat gores; mencalarkan: ~ pisau ke lantai. penggores alat yg digunakan utk membuat gores; alat utk menggores. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gores | /gorés/ garis yg agak panjang; calar: ~ api mancis; korek api. bergores ada goresnya; bercalar. menggores membuat sesuatu menjadi bergores; mencalar. menggoreskan menggunakan sesuatu utk membuat gores; mencalarkan: ~ pisau ke lantai. penggores alat yg digunakan utk membuat gores; alat utk menggores. | Kamus Pelajar |
surih | 1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores; 2. kesan atau jalan yg telah dilalui oleh sesuatu, bekas; ~ gelombang jalan yg diikuti oleh sesuatu gelombang; kertas ~ kertas nipis yg digunakan utk meniru peta dll yg diletakkan di bawahnya; bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores; menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawahnya); menyurihkan membuat garisan, menggariskan, menggaritkan, menggoreskan; ~ api-api menggores mancis api; ~ jalan a) mencari akal (daya upaya); b) memberi petunjuk (petua); ~ percakapan memesongkan perbualan; penyurihan (Kim) penggunaan bahan (biasanya radioaktif) utk mengesan taburan, perjalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh; penyurih 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |