berguna | ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berguna | berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berguna | ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. | Kamus Pelajar |
informatif | mengandungi (memberikan) maklumat, keterangan, dsb yg berguna bkn sesuatu: risalah itu sangat ~ dan berguna bagi para pelajar baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bumi hangus | pemusnahan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang). membumihanguskan memusnahkan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sempelah | 1. hampas, keladak, semperah: ~ kelapa; ~ tebu; 2. ki tidak berguna (orang), sampah masyarakat; anak ~ anak yg tidak berguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampah | 1 benda-benda yg dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor, daun kering). ~ sarap bermacam-macam jenis sampah. 2 sesuatu yg tidak berharga atau yg tidak berguna. ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. menyampah 1 spt sampah rupanya kerana terlalu banyak atau tidak berguna. 2 ki berasa benci atau meluat: Pergi engkau dr sini, ~ aku melihat mukamu. persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sia-sia | 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani membuat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari mudamu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), mengecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) membuang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sempurna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santan | air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampah(garbage) | 1. Maklumat dalam simpanan ingatan yang tidak lagi bermakna atau dikehendaki. 2. Jawapan salah atau hasil yang tidak berguna daripada pengerjaan sesuatu atur cara. Sampah ini mungkin terhasil kerana kegagalan perkakasan atau kerana terdapat pepijat dalam atur cara. 3. Data yang tidak berguna, seperti nilai sementara yang tersimpan dalam ingatan utama, yang dihasilkan oleh atur cara ketika pemprosesan. | Kamus Komputer |