berhabis-habisan | bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhabis-habisan | 1. hingga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara; nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhabis wang | banyak membelanjakan wang dgn sia-sia (membazir), mengeluarkan wang (dgn banyaknya) sehingga kesempitan: biar aku ~, biar aku papa, asalkan hati aku puas, asalkan aku tidak malu; ~ tenaga (waktu) membuang-buang tenaga (waktu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhabis | = ~ wang banyak membelanjakan wang dgn sia-sia (membazir), mengeluarkan wang (dgn banyaknya) sehingga kesempitan: biar aku ~, biar aku papa, asalkan hati aku puas, asalkan aku tidak malu; ~ tenaga (waktu) membuang-buang tenaga (waktu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhabis air | Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhabis-habisan | bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. | Kamus Pelajar |
habis-habisan | , berhabis-habisan 1. hingga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara; nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekel (cékél) I | lokek, kikir; ~ berhabis, lapuk berteduh prb terlampau sangat kikir tidak ada faedahnya, akhirnya harta akan habis jua; ceker. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencencang | 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cencang I | tetak kecil-kecil atau halus-halus (dgn parang, golok, dll); ~ dua segeragai prb dgn sekali lalu dua pekerjaan dibuat; bercencang sudah dicencang; mencencang 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; tercencang tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; cencangan sesuatu yg sudah dicencang; pencencang alat utk mencencang: ~ sayur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |