berhadir | sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadir | ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menunjukkan diri; 2. sl menghimpunkan, mengadakan, menyediakan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ kelengkapan perang; tuanku, baiklah persilakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm perjumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |