berhampa tangan | tidak mendapat (membawa) apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhampa tangan | tidak mendapat apa-apa (hasil); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhampa | ; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangan | 1. anggota tubuh dr kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari: perahu sudah di air, pengayuh sudah di ~; 2. ki sesuatu yg menyerupai tangan atau yg digunakan spt tangan; 3. ki kuasa, pegangan, pengaruh, perintah: semua harta di ~ kita; kuasa memerintah negeri terletak dlm ~ rakyat; ~ baju bahagian baju yg membalut tangan, lengan baju; ~ besi pemerintahan yg keras; ~ dingin selalu menjadi perbuatannya (spt menanam pokok, mengubat penyakit, dll); ~ jahat orang yg berbuat jahat (mencuri dll); ~ kanan a) tangan sebelah kanan; b) pembantu yg terutama; ~ kosong = berhampa ~ tidak mendapat (membawa) apa-apa; ~ naik selalu menang dlm perjudian; ~ panas segala perbuatannya selalu gagal, sial; ~ terbuka a) suka menolong orang yg dlm kesusahan, murah hati; b) = dgn ~ terbuka (dgn) ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll); ~ turun selalu mendapat kerugian (dlm perjudian), tidak beruntung; dr ~ ke ~ dr seorang ke seorang; ~ bagai lipas kudung prb perihal orang yg tangannya tidak mahu diam (spt kanak-kanak); ~ kanan jangan percaya ~ kiri = luka ~ kanan oleh ~ kiri prb jangan terlalu percaya pd sahabat kerana kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita; ~ mencencang (memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg menanggungnya; ~ penat memerah, pasu mendapat santannya prb orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg mendapat nikmatnya; ~ yg celaka, kerja jatuh prb beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak senonoh; dlm genggaman ~ orang prb di bawah kuasa orang lain; digenggamnya ~nya prb perihal orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg sengsara; makan ~ prb mendapat rezeki lebih drpd yg diharap-harapkan; tangan-tangan 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; tangan-menangan dr tangan ke tangan, bukan dr asalnya; menangani 1. mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = menangankan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak mengenangkan ketololan adiknya, tadi lagi sudah ditanganinya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; tanganan 1. tangan-tangan; 2. hasil drpd pekerjaan, buatan; penanganan perihal (perbuatan, cara) menangani; penangan pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia merasa ~ dr tanganku sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hampa | 1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahunya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb sesuatu yg dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan: kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |