Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.rap.kan] | برهارڤکن

Definisi : berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berharapkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berharapkanberharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bernaungkanbersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan: hidup itu ~ penye­rahan diri kpd Allah;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggila1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu;Kamus Dewan Edisi Keempat
naung, naungan 1. tempat teduh (di bawah pohon dll), lindungan: duduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; panas di sini, tidak ada naungan utk berteduh; 2. ki jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan: dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih; bernaung 1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris; bernaungkan bersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan: hidup itu ~ penye­rahan diri kpd Allah; menaungi 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris; pernaungan 1. tempat bernaung, perlin­dungan; 2. perihal (perbuatan dsb) menaungi: dgn cara paksaan, gesaan atau ~; penaungan perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan; penaung orang yg memberi lindungan (ban­tuan, galakan, dll), pelindung.Kamus Dewan Edisi Keempat
harap1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = harap­lah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ mak­lum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan men­dapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mem­percayai: maka dukacitalah ia sebab kehi­lang­an orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak mem­peroleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengha­rap­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gila1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat menggubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dll); 4. ki terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll) akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang; ~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat; ~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing; ~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya); ~ seks kecenderungan atau keinginan yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; ~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau; tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan; gila-gila 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu; menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik; menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang gila, mempermainkan (memperolokkan); 3. Mn menjaga (memelihara); tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat hendak kahwin; tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan (seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa; kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan; kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll) sangat, tergila-gila.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas