hati II | ; hati-hati berhati-hati; berhati-hati memberi perhatian (pertimbangan dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; memperhatikan memerhatikan; perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; menarik ~ menimbulkan minat (dan reaksi); mengambil ~ mempedulikan; ~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pd apa yg akan dicakapkan (diumumkan dsb); pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan diketahuilah asal usul penyakit itu; ~ jenis (Tani) pengamatan, dll yg dilakukan utk menentukan hasil baja (yg terbaik dll); pd ~ saya berdasarkan apa yg sudah saya perhatikan atau amati;pemerhati 1. orang yg mengikuti perkembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjimat-jimat | 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm penggunaan wang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjimat | , berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm penggunaan wang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemat | (hémat) 1. tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berawas-awas, beringat-ingat, berjaga-jaga: pegawai penyelidik itu bekerja dgn ~; kereta itu berlanggar kerana pemandunya kurang ~; 3. pemerhatian, pengamatan: usul itu pd ~ kita bertentangan dgn semangat parti; ~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya mestilah berjimat cermat, kalau boros pasti akan berhutang; berhemat 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; menghemat, menghematkan menjimatkan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dgn berhati-hati (supaya tidak rosak dll): kanak-kanak sejak dr kecil perlu dilatih ~ wang; terhemat; tidak ~ tidak terkira; hematan perhitungan, perkiraan; kehematan perihal (sifat) hemat; penghematan perihal atau perbuatan menghemat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseingat | ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwaspada | tidak cuai, berawasawas, berhati-hati, berjaga-jaga, beringatingat: dia selalu ~ dan berhati-hati benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waspada | = berwaspada tidak cuai, berawasawas, berhati-hati, berjaga-jaga, beringatingat: dia selalu ~ dan berhati-hati benar; kewaspadaan perihal atau keadaan waspada: ~ tentera kita diperhebat lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beringat | berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beringat | berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. | Kamus Pelajar |
waspada | tidak cuai atau tidak lalai; hati-hati. berwaspada berhati-hati; beringat-ingat: Kita harus ~ terhadap tipu dayanya yg licin itu. kewaspadaan sifat atau keadaan waspada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |