jeda | 1 waktu berhenti sebentar. 2 tempat berhenti sebentar (dlm pembacaan sajak dsb). berjeda berhenti sebentar: tidak ~ tidak berhenti; terus-menerus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setop | bp 1. tempat berhenti (bas dll): dr satu ~ ke satu ~, semakin banyak penumpang turun; 2. berhenti, terhenti; menyetop menahan (supaya berhenti), menyuruh berhenti: mereka ~ dua buah beca yg lain di hadapan mereka; tersetop tidak diteruskan (perjalanan, percakapan, dll), terhenti; setopan Id tempat berhenti (bas dll), perhentian; penyetopan perihal atau perbuatan menyetop (menahan supaya berhenti). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberhentikan | 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diberhentikan; 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeda | 1. waktu berhenti sebentar. 2. tempat berhenti sebentar (dlm pembacaan sajak dsb). berjeda berhenti sebentar:tidak ~ tidak berhenti; terus-menerus. | Kamus Pelajar |
meminta berhenti | memberitahu hendak berhenti drpd pekerjaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meminta berhenti | memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wuquf | Ar berhenti: ~ di Arafah berhenti (hadir) seketika di Arafah pada 9 Zulhijah antara ketika gelincir matahari hingga ketika terbit fajar hari kesepuluh (salah satu rukun haji). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyetop | menahan (supaya berhenti), menyuruh berhenti: mereka ~ dua buah beca yg lain di hadapan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat berhenti | a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
henti | ; berhenti 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. berhenti-henti tidak terus-menerus; terputus-putus: Hujan telah turun tidak ~ selama empat hari empat malam. menghentikan menjadikan berhenti; memberhentikan: ~ segala perbuatan jahat dan keji. memberhentikan 1 menjadikan atau menyebabkan berhenti: Dia ~ motokarnya di hadapan panggung wayang. 1 menamatkan (menyudahkan) peperangan dll: Beliau tidak dpt berbuat apa-apa utk ~ pergaduhan itu. 2 melepaskan dr jawatan dll; memecat: Guru itu sudah diberhentikan. terhenti tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. hentian tempat (kenderaan dsb) berhenti. ~ sebelah tempat kenderaan dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau di tepi lebuh raya. perhentian 1 tempat (bas, teksi dll) berhenti: Dia pergi ke ~ bas utk menghantar bapanya pulang ke kampung. 2 hal berhenti. penghentian perbuatan atau hal menghentikan. pemberhentian perbuatan atau hal memberhentikan. sehenti; pusat (kedai dsb) ~ pusat, kedai dsb yg menyediakan pelbagai perkhidmatan atau barangan yg diperlukan pelanggan di satu tempat: Pelbagai barangan dpt dibeli di pusat ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |