berhormat | 1 memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2 diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhormat-hormatan | , hormat-menghormati saling memberi hormat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhormat | mempunyai kedudukan yg dihormati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhormat | 1. memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2. diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. Yang ~ gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. | Kamus Pelajar |
Yang berhormat | gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Yang Berhormat Mulia | rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Yang Berhormat | rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Yang Berhormat | panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Yang Amat Berhormat | rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Yang Amat Berhormat | panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |