Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.bu.kan]/[ber.i.bu.kan] | برايبوکن

Definisi : mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.bu.kan]/[ber.i.bu.kan] | برايبوکن

Definisi : mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beribukan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
beribukanmempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beribukanmempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta;Kamus Dewan Edisi Keempat
beribukanmempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik.Kamus Pelajar
mirPr gelaran utk orang lelaki yg beribukan syarifah dan berbapakan orang kebanyakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lamun I1. (meskipun ...) tetapi: sungguhpun kajian Baron de Montesquier tentang parlimen England tidak berapa betul, ~ pendapatnya berkenaan perceraian kuasa-kuasa peme­rintah tetap bernilai; 2. sungguhpun: ~ begitu, ia dipenjarakan juga; 3. sl asalkan, asal saja: apatah tuan tangiskan, ~ tuan sudi beribukan bonda, apatah salahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ibu1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ibu1. orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2. panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3. bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mertua ibu kpd isteri atau suami. ~ mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran ibu mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (spt lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya.Kamus Pelajar
ibu I1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas