ijtihad | Ar 1. usaha utk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yg sah (dlm kaitannya dgn agama Islam); 2. pendapat, tafsiran, maksud: mereka bertanya kpd Rasulullah adakah tawaran itu datangnya drpd wahyu Tuhan ataupun hanya suatu fikiran atau ~ Rasulullah sendiri; berijtihad 1. melakukan ijtihad; 2. mengkaji dan memberi tafsiran mengikut fikiran sendiri, berpendapat, mengira: aku ~ dgn fikiran; pengijtihad orang yg berijtihad, mujtahid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berijtihad | 1. melakukan ijtihad; 2. mengkaji dan memberi tafsiran mengikut fikiran sendiri, berpendapat, mengira: aku ~ dgn fikiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijtihad | 1 perbuatan mengkaji atau menyelidik sesuatu berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. 2 buah fikiran yg dicapai berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. berijtihad mengkaji serta memberikan tafsiran berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijtihad | 1. perbuatan mengkaji atau menyelidik sesuatu berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. 2. buah fikiran yg dicapai berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. berijtihad mengkaji serta memberikan tafsiran berdasarkan peraturan-peraturan tertentu. | Kamus Pelajar |
ijmak | Ar 1. sumber ketiga dlm perundangan Islam selepas al-Quran dan hadis: kadi-kadi menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan kias; 2. = ~ ulama kesepakatan pendapat para ulama yg berijtihad mengenai sesuatu hukum; mengijmakkan mencapai kesepakatan pendapat mengenai sesuatu hukum melalui ijtihad: Majlis Fatwa Kebangsaan telah ~ hukum bayi tabung uji bagi kepentingan umat Islam di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |