Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berimbang1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
imbang Itimbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan per­jalanan enjin; seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; berseimbang setimbang, sepadan, sebanding; berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain); menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; perseimbangan perihal berseimbang; imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira; imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; keimbangan keadaan berimbang; perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita; pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersamaan 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer.Kamus Pelajar
imbang; berimbang berada dlm keadaan yg sama berat (sama banyak dll); bertimbal; berbanding: Parasnya yg ayu ~ dgn tingkah lakunya yg sopan. mengimbangi menjadi sbg bandingan (imbangan) kpd: Projek “Buku Hijau” bertujuan memperbanyak bahan makanan utk ~ inflasi. mengimbangkan menjadikan berimbang (bertimbal, berbanding dll): Hasan terpaksa berhemat utk ~ perbelanjaannya dgn gajinya yg kecil. imbangan 1 keadaan yg seimbang: Ketika itu, keadaan udara dan kapal terbang itu belum mendapat ~ yg betul. 2 sesuatu yg dijadikan bandingan; saingan. 3 perbezaan atau persamaan antara dua ruang (debit dan kredit) pd sesuatu akaun. ~ duga sj penyata yg dimasukkan semua imbangan debit dan kredit dr lejar catatan bergu utk menyemak kesamaannya; timbangan duga. perimbangan keadaan berimbang; persamaan berat (kuat, banyak dll): ~ akan diperoleh di kalangan semua kaum dlm bidang pengurusan, pemikiran dan pekerjaan. pengimbangan perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan. pengimbang alat dsb yg digunakan utk mengimbangi atau mengimbangkan sesuatu. seimbang 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. menyeimbangkan menjadikan seimbang: Kami menambah halaman warna utk ~ bahan bacaan bagi pembaca dgn tambahan iklan. keseimbangan keadaan seimbang: Zakat ialah satu sistem yg bertujuan utk menjaga ~ hidup di kalangan masyarakat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
imbangberimbang berada dlm keadaan yg sama berat (sama banyak dll); bertimbal, berbanding:Parasnya yg ayu ~ dgn tingkah lakunya yg sopan. mengimbangi menjadi sbg bandingan (imbangan) kpd:Projek “Buku Hijau” bertujuan memperbanyak bahan makanan utk ~ inflasi. mengimbangkan menjadikan berimbang (bertimbal, berbanding dll): Hasan terpaksa berhemat utk ~ perbelanjaannya dgn gajinya yg kecil. imbangan 1. keadaan yg seimbang: Ketika itu, keadaan udara dan kapal terbang itu belum mendapat ~ yg betul. 2. Sesuatu yg dijadikan bandingan; saingan. 3. Perbezaan atau persamaan antara dua ruang (debit dan kredit) pd sesuatu akaun. ~ duga sj penyata yg dimasukkan semua imbangan debit dan kredit dr lejar catatan bergu utk menyemak kesamaannya; timbangan duga. perimbangan keadaan berimbang; persamaan berat (kuat, banyak dll): ~ akan diperoleh di kalangan semua kaum dlm bidang pengurusan, pemikiran dan pekerjaan. pengimbangan perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan. pengimbang alat dsb yg digunakan utk mengimbangi atau mengimbangkan sesuatu. seimbang 1. sama berat; tidak berat sebelah:Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2. sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding:Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. menyeimbangkan menjadikan seimbang: Kami menambah halaman warna utk ~ bahan bacaan bagi pembaca dgn tambahan iklan. keseimbangan keadaan seimbang: Zakat ialah satu sistem yg bertujuan utk menjaga ~ hidup di kalangan masyarakat.Kamus Pelajar
bertimbal1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi);Kamus Dewan Edisi Keempat
sama 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgnKamus Pelajar
timbal; bertimbal kedua-dua belah pihak sama (darjatnya, tarafnya dll); berimbang; berpadanan. menimbal menjadikan seimbang (sama banyak, sama berat dll); menyeimbangkan. tim­balan penolong kpd; naib: ~ Perdana Menteri; ~ Yg Dipertua. penimbal 1 sesuatu yg digunakan utk menimbal; pengimbang. 2 ist peranti yg digunakan utk menyimpan data secara sementara sebelum dipindahkan ke peranti lain. setimbal sama berat, sama besar, sama kuat dll; seimbang; sepadan: Gaji yg diterimanya ~ dgn kelulusannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolok1 imbangan yg sama; bandingan: tiada ~ bandingnya tidak ada yg menya­mainya. 2 berbagai-bagai jenis alat khusus yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu: ~ hujan; ~ tekanan; ~ ukur dalam. ~ dawai tolok utk mengukur tebalnya logam keping. ~ hujan alat yg digunakan utk mengukur banyaknya hujan yg turun. ~ tekanan alat utk mengukur tekanan sesuatu. bertolok berbanding; berimbang: tidak ~ tidak ada yg me­nyamainya. menolok me­nyamakan ukuran atau timbangan dgn ukuran atau timbangan yg sebenarnya. setolok sama kedudukan dll; sebanding; setara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tara I1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (seban­ding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) me­nyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertan­dingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas