Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), ara, waringin, Ficus benjamina; 2. = ~ songsang gambar pokok terbalik pd bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : nama sj pohon ara yg rimbun, Ficus benjamina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beringin

Puisi
 

Pokok beringin daunnya hijau,
     Pokok lada ditebas budak;
Hati ingin memandang pulau,
     Biduk ada pengayuh tidak.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Pada sangka pohon beringin,
     kiranya tersandar di punggur lapuk.

Bermaksud :

Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
beringinnama sj pohon ara yg rimbun, Ficus benjamina.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beringinberkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai;Kamus Dewan Edisi Keempat
beringin songsanggambar pokok terbalik pd bulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
beringin1. sj tumbuhan (pokok), ara, waringin, Ficus benjamina; 2. = ~ songsang gambar pokok terbalik pd bulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
beringinnama sj pohon ara yg rimbun, Ficus benjamina.Kamus Pelajar
bodi Isl sj pokok beringin: maka diikut oleh baginda ke atas bukit, maka bertemu di bawah ~; daun ~ a) daun beringin; b) sj ukiran (hiasan pd pelamin).Kamus Dewan Edisi Keempat
pohon I1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin; ~ kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala kejahatan asal usul segala kejahatan; ~ angin awan (mendung) yg bergumpal-­gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~ buah (buah-buahan) pokok yg mengeluar­kan buah-buahan; ~ kayu batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga; ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walau­pun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut; pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutama­nya digunakan dlm karya sastera); pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan; pepohon pohon-pohon.Kamus Dewan Edisi Keempat
merbah beringinsj burung, Criniger ochraceus;Kamus Dewan Edisi Keempat
balam beringinsj tumbuhan (pokok), Payena leerii;Kamus Dewan Edisi Keempat
waringinJw beringin.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas