Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bernas1. berisi penuh (padi, susu, dll): anak-anak padi tumbuh dgn subur, rumpunnya besar, buahnya lebat dan ~; 2. subur dan banyak hasilnya (tanaman padi): tanamannya ~; 3. ki berisi (ucapan dll): kemukakanlah fikiran yg bernilai dan ~; kebernasan perihal bernas, bernasnya: ~ isi atau fakta.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegap1 berisi lagi kuat (bkn tubuh); gagah serta kuat: Kalau badan tidak ~, tak usahlah bercita-cita hendak menjadi askar. ~ sasa gagah dan kuat. 2 kuat dan kukuh (bkn sesuatu alat); tidak mudah rosak; tidak mudah ter­urai (ttg ikatan dsb); tahan: Meja yg digunakannya itu sungguh ~ buatannya. menegapkan menjadikan tegap; me­nguat­kan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. ketegapan keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. penegap sesuatu yg menegapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdakwat1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bermuat1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memung­gah barang (ke kapal, perahu, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berkandung1. berisi, bermuat; 2. hamil;Kamus Dewan Edisi Keempat
isi1 apa-apa yg termuat dlm sesuatu; kandungan: Peti ini tidak ada ~nya. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu; pati: Syarahannya panjang tetapi ~nya sedikit. 3 daging buah (pd buah mempelam, durian dll). ~ dada (hati) apa-apa yg terasa atau terfikir; perasaan. ~ kahwin pemberian yg wajib drpd pengantin lelaki kpd pengantin perempuan; mas kahwin. ~ kampung penduduk sebuah kampung. ~ perut a. bahagian badan yg di dlm perut (usus dll). b. segala yg terfikir (tersimpan) dlm hati. berisi 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. mengisi memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh melalui kemerdekaan. ~ waktu melakukan sesuatu utk memenuhi masa yg terluang. mengisikan memasukkan sesuatu sbg isinya: Mereka sedang ~ barang-barang itu ke dlm kereta. perisian data, program dsb yg perlu utk pengendalian komputer. ~ cetak rompak perisian yg diterbitkan dan dihasilkan secara haram. pengisian hal (perbuatan dsb) mengisi atau mengisikan. pengisi 1 sesuatu yg diisikan; perkakas dll utk mengisi. 2 orang yg mengisi. angka ~ faktor: 2 dan 4 ialah angka ~ bagi 8. ~ dakwat tempat utk menaruh dakwat dlm pena. ~ perut apa-apa yg dimakan atau yg diminum. ~ waktu apa-apa yg dilakukan utk memenuhi waktu lapang. seisi seluruh isi: ~ kampung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dakwatcairan berwarna (biru, hitam, merah dll) yg digunakan utk menulis; tinta: ~ merah. berdakwat 1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penuh1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalan­kan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan).Kamus Dewan Edisi Keempat
montok1. penuh berisi (bkn tubuh atau baha­gian tubuh), gemuk berisi, besar lagi padat, montel: air mata berlinang di pipinya yg masih ~ itu; 2. besar dan bernas (tetek); kemontokan perihal montok.Kamus Dewan Edisi Keempat
penuh tepu1 penuh berisi sampai ke bibirnya (ttg air dlm tong dll); tumpat; padat. 2 berisi zat larutan yg maksimum yg dpt dilarutkan (ttg pelarut, larutan dsb). 3 terpasang segala layarnya (bkn kapal dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas