isteri | 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkelamin | 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkelamin | 1. berpasangan (lelaki dan peĀrempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beristeri | 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengahwinkan | 1 memberi beristeri atau bersuami; menikahkan: Pd akhir tahun ini, dia hendak ~ anaknya yg bongsu. 2 mencantumkan atau menyatukan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengahwinkan | 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (menĀcantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkelamin | 1. berpasangan. 2. beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. | Kamus Pelajar |
kelamin | 1 pasangan lelaki dan perempuan; dua dlm sepasang. 2 suami isteri dan anak-anak; keluarga. jenis ~ jenis lelaki atau perempuan, jantan atau betina; jantina. berkelamin 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. mengelamin mengahwini. perkelaminan keadaan atau hal hidup berkelamin. sekelamin 1 sepasang suami isteri; sepasang (jantan dan betina). 2 sekeluarga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengahwinkan | 1. memberi beristeri atau bersuami; menikahkan:Pd akhir tahun ini, dia hendak ~ anaknya yg bongsu. 2. mencantumkan atau menyatukan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). | Kamus Pelajar |
bujang I | 1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |