Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jaga(dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur): Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan: Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jaga1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanak-kanak itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~ rumah tempat orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal (mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp atendan letak kereta; berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; men­jaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh: dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd, me­melihara: tiap-tiap orang patut ~ ke­si­hatan dirinya sendiri; 4. berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ ber­sung­guh-sung­guh supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi; menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu ~nya pd pukul enam pagi; terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2. peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya; kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk; penjagaan hal atau perbuatan menjaga; penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
berjaga-jaga1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjaga-jaga1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
berjaga-jaga1. berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2. tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya.Kamus Pelajar
baik-baik1. (sbg pesanan) berjaga-jaga dlm melakukan sesuatu, hati-hati: pandulah ~ kerana jalan itu bengkang-bengkok; 2. dgn rapi (menjaga atau memelihara sesuatu): simpan barang ini ~; 3. dgn teliti (melakukan sesuatu): tali itu diikatkan ~ supaya tidak tanggal; baca ~ perenggan ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersiap1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera);Kamus Dewan Edisi Keempat
awas1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik (melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya sedang dibaiki; berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu; mengawas = mengawasi; mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; pengawasan perihal (perbuatan dsb) meng­awas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat;Kamus Dewan Edisi Keempat
sambang Ironda (utk menjaga keselamatan); bersambang berjalan dan berjaga-jaga, me-ronda: Raja Pangan dan Raja Semang ~ berkeliling padang; menyambangi 1. mengelilingi (utk menjaga keselamatan); 2. Jw mengunjungi, menjenguk.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersiap1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas