berjagal peraih | Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjagal | berniaga secara kecil-kecilan, berdagang runcit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jagal I | perniagaan (secara) kecil-kecilan, dagang runcit; berjagal berniaga secara kecil-kecilan, berdagang runcit; jagalan 1. barang yg dijual secara runcit; 2. barang yg rendah mutunya; penjagalan perbuatan atau usaha berniaga secara kecil-kecilan; penjagal orang yg berniaga secara kecil-kecilan, pedagang runcit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peraih | 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raih | tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |