penyakit | 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg menyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjangkit | merebak atau berpindah ke benda lain (bkn api); menyerang orang lain (bkn penyakit); menular: Api itu telah ~ ke rumah sebelah. Penyakit anjing gila mudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjangkit | , menjangkit 1. berpindah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tular | ; menular 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). menulari berjangkit pd; menjangkiti: Penyakit taun yg ~ penduduk-penduduk di situ belum dpt dihapuskan lagi. menularkan menjadikan menular; menyebabkan berjangkit; menjangkitkan. ketularan kena penyakit menular. penularan perihal menular, menulari atau menularkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyakit berjangkit | penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangkit | ; berjangkit merebak atau berpindah ke benda lain (bkn api); menyerang orang lain (bkn penyakit); menular: Api itu telah ~ ke rumah sebelah. Penyakit anjing gila mudah ~. menjangkiti merebak kpd (bkn penyakit); menulari: Penyakit itu telah ~ seluruh anggota keluarga Pak Ahmad. menjangkitkan menyebabkan menjadi berjangkit; merebakkan; menularkan: Tikus selalu ~ penyakit. jangkitan kejadian berjangkit: Dia sakit kerana terkena ~ kuman. kejangkitan kena penyakit menular; ketularan: Ia tidak mahu tinggal di tempat yg kotor kerana takut ~ penyakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jangkit | ; berjangkit, menjangkit 1. berpindah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya; berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll); keberjangkitan perihal berjangkit; menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai; menjangkitkan menularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan menyuntik; terjangkit dihinggapi penyakit dsb, dijangkiti, kejangkitan: umbai yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu keadaan yg diketahui sbg radang umbai; jangkitan kejadian (penyakit dsb) berjangkit; kejangkitan dihinggapi penyakit (yg berjangkit), ketularan: dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit; penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~ penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg parah hingga boleh merugikan petani; perjangkitan perihal berjangkit; penjangkit yg menyebabkan berlakunya jangkitan, yg menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yg tersendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyakit | sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau perlakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masalah penagihan dadah dan rasuah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sakit | penyakit sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit spt kurap dll yg mudah berjangkit. | Kamus Pelajar |
penyakit | sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit spt kurap dll yg mudah berjangkit. | Kamus Pelajar |