Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.tuh] | برجاتوه

Definisi : Id memberi sumbangan (derma dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjatuh


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berjatuhId memberi sumbangan (derma dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
jatuh1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, ter­sungkur, tertiarap); pandai ~ dapat meng­elakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, ber­tepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tum­bang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pang­kat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh ke­senangan (ke­kayaan dll); b) walaupun men­dapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id men­dapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (wak­tunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (di­harapkan); biar ~ terletak, jangan ~ ter­hem­pas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hu­kuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, me­numbangkan: parti-parti pembangkang men­­cuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd meng­hukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut men­dapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat ke­bahagiaan (kesenangan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas