melumpuhkan | menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjaya | mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjaya | beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjaya | mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. | Kamus Pelajar |
jaya | 1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; berjaya beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pelajaran barulah hal rumah tangga dirancangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menang | 1. berjaya (dlm perlawanan, peperangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertandingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd; alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga; memenangi 1. beroleh menang (dlm perlawanan dll), berhasil atau berjaya mengalahkan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat kejayaan atau hadiah dlm pertandingan (peraduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; memenangkan 1. menyebabkan (menjadikan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; kemenangan 1. perihal menang: satu ke-ramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma kemenangan yg diperoleh tanpa bertanding (kerana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral; pemenang orang (pihak dll) yg menang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaya | kemenangan: menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gagal | tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaya | kemenangan:menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil:Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan:Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. | Kamus Pelajar |
cegah | tegah, halang; mencegah menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; tercegah terkawal (terlarang, terhalang, dll); cegahan larangan (tegahan dll): ibunya tidak mendengar ~nya; pakatan yg ada berjaya menjalankan fungsi ~; pencegahan perihal (perbuatan dsb) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; pencegah 1. alat utk mencegah; 2. orang (badan dsb) yg mencegah: pasukan ~ rusuhan; pasukan kastam bahagian ~ penyeludupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |