pemprosesan kelompok(batch processing) | 1. Kaedah memproses sejumlah maklumat atau tugasan yang tidak berkaitan dengan mengumpulkan maklumat tersebut terlebih dahulu supaya dapat dikerjakan sekali jalan mengikut giliran. 2. Kaedah memproses beberapa atur cara atau suruhan yang tidak berkaitan dengan menyusunnya dalam satu baris gilir dan kemudiannya memuatkannya ke dalam sistem untuk diproses mengikut giliran. Kaedah ini mengelakkan pengguna yang berbilang daripada mencapai suatu sistem kongsi masa, menjimatkan masa penggunaan dan membolehkan pemproses menjalankan satu tugas sahaja pada satu ketika. | Kamus Komputer |
semu(dummy) | Berkaitan dengan alamat, argumen, suruhan, atau rekod yang sengaja disisipkan untuk memenuhi jumlah bit, panjang kata, atau peraturan yang telah ditetapkan oleh sistem. Alamat, suruhan, atau rekod ini akan diabaikan oleh sistem dan hanya berfungsi untuk memenuhi ruang yang telah dikhaskan. | Kamus Komputer |
terhad output(output-limited) | Berkaitan dengan proses atau peralatan yang terhad kelajuan pengerjaannya kerana kadar kelajuan data output boleh diambil oleh peranti output. | Kamus Komputer |
pragmatik(pragmatics) | Kajian yang berkaitan dengan penentuan hubungan antara simbol dan cara penggunaan simbol tersebut. | Kamus Komputer |
metabit | Bit tambahan yang berkaitan dengan perkataan dalam ingatan yang berfungsi menunjukkan jenis kandungan kata tersebut. | Kamus Komputer |
ergonomik(ergonomics) | Bidang yang berkaitan dengan matlamat memberi ciri keselesaan, kecekapan, keselamatan, dan senang guna kepada mesin yang digunakan oleh manusia. Sinonim kejuruteraan insan. | Kamus Komputer |
teratur cara kad(card-programmed) | Berkaitan dengan peranti yang diaturcarakan melalui kad. | Kamus Komputer |
teori automata(automata theory) | Teori yang berkaitan dengan kajian tentang prinsip pengendalian, penggunaan, dan ciri-ciri tabiat peranti automatik. | Kamus Komputer |
sistem maklumat(information system) | Sistem yang berkaitan dengan pengumpulan, pemasukan, penyimpanan, pemprosesan, pengeluaran, dan penyebaran maklumat. | Kamus Komputer |
ralat hilang(missing error) | Ralat yang berkaitan dengan percubaan memanggil subrutin atau memuatkan data atau fail yang tidak lagi wujud dalam sistem. | Kamus Komputer |