berkampung | berkumpul; berhimpun: Sekalian rakyat pun ~lah. Malam ini kita ~, malam esok kita bercerai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkampung | berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkampung | berkumpul; berhimpun: Sekalian rakyat pun ~lah. Malam ini kita ~, malam esok kita bercerai. | Kamus Pelajar |
perkampungan | 1 kumpulan atau kelompok kampung. 2 tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercerai | tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercerai | 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhubungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkampungan | 1. kumpulan atau kelompok kampung. 2. tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). | Kamus Pelajar |
bercerai | 1. tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2. putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). | Kamus Pelajar |
menitir | memalu (canang, gendang, dll) bertalu-talu: maka orang ~ gendang raya, seka-lian orang pun berkampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkampungan | 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |