berkandung | 1. berisi, bermuat; 2. hamil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandung | 1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa; ~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil; mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamilkan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga; terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm sesuatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. | Kamus Dewan Edisi Keempat |