gepuk I | ; segepuk seikat (wang kertas dll), segabung, seberkas; bergepuk-gepuk beberapa ikat (berkas dll); gepukan ikatan, berkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkas | ikatan beberapa benda, spt kayu api; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan: Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkas II | sj ikan laut, cupak, Caranx sexfasciatus, Caranx ignobilis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkas pembuluh | gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkas I | ikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dll): membeli beberapa ~ kayu api; ~ pembuluh gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; memberkas 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh; 2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;memberkaskan mengikatkan: basikal kami diberkaskan di belakang motokar;terberkas terikat dlm satu ikatan, tergabung;pemberkasan 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkas(bundle) | Kumpulan perisian, perkakasan tambahan, atau perkhidmatan sokongan, yang biasanya dijual atau ditawarkan berasingan, disertakan bersama sistem komputer sebagai tarikan kepada pelanggan untuk membeli sistem tersebut. | Kamus Komputer |
berkas | ikatan beberapa benda spt kayu api dsb; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan:Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1. mengikat beberapa benda dlm satu ikatan:Ia ~ tebu itu sepuluh-puluh setiap ikatan. 2. ki menahan orang-orang yg disyaki bersalah; menangkap:Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. | Kamus Pelajar |
gabung | ikat, berkas: tiga ~ tebu;bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan;menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar;gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
otot | (berkas) tisu yg terdiri drpd berkas sel-sel memanjang yg boleh ditegangkan dan dikendurkan utk menghasilkan pergerakan pd organ atau bahagian; ~ jalur = ~ kawal (Bio) otot di bawah kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd gentian otot yg jalur-jalur melintangnya kelihatan melalui mikroskop, mis otot pd tulang rangka; ~ jantung (Bio) otot jalur yg terdapat pd jantung, yg di luar kawalan otak; ~ licin (Bio) otot di luar kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd sel berbentuk gelendong dan tanpa jalur melintang yg ketara, mis otot dinding usus; berotot mempunyai otot: tangan yg ~; mengotot keras (tegar) hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jaras I | berkas, ikat, kebat (benda-benda yg panjang); menjaras 1. mengikat menjadi segabung (seikat, seberkas); 2. mengatur serta menyusun baik-baik (rambut dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |