Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.sih] | برکاسيه

Definisi : berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Bermaksud :

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkasih-kasihansama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkasih sayangmenaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkasih-kasihan1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkasihberasa kasih: adat ~ menanggung rindu;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkasih-kasihansama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~.Kamus Pelajar
cumbu1. kata-kata manis yg dituturkan (sewaktu memujuk, berkasih-kasihan, dll), pujukan: tegur sapa dan bujuk ~ sekarang ini dilakukannya pula kpd isteri mudanya; 2. senda gurau, lawak jenaka, kelakar: ~ pelawak; bercumbu-cumbu, bercumbu-cumbuan 1. = bercumbuan saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih­-kasihan dll), bercengkerama: ia berjumpa dgn sepasang merpati yg sedang asyik ~; 2. berjenaka, berkelakar, bersenda gurau: orang masih ~ juga di dekat puadai, terutama anak-anak gadis; mencumbu mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll), membujuk: Amiruddin ~ mesra, tangannya menyapu rambut Hawa; mencumbui mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll) kpd: Hitam ~ Mazni dgn hiburan-hiburan yg menggelikan hati Mazni; cumbuan 1. ucapan-ucapan manis, bujukan, pujukan: suami harus selalu memikat hati isteri dgn kata-kata merdu, dgn ~ atau ciuman-ciuman mesra; 2. senda gurau, kelakar; percumbuan perihal (perbuatan) bercumbu-cumbu(an).Kamus Dewan Edisi Keempat
cumbu= cumbuan 1. kata-kata manis yg dituturkan ketika memujuk (berkasih-kasihan dll); pujukan. 2. senda gurau; lawak jenaka. bercumbu-cumbuan 1. saling menuturkan kata-kata manis (ketika pujuk-memujuk, berkasih-kasihan dll). 2. bersenda gurau; berjenaka. mencumbu menuturkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll); memujuk. mencumbui menuturkan kata-kata manis kpd: Dia ~ isterinya.Kamus Pelajar
cumbu, = cumbuan 1 kata-kata manis yg dituturkan ketika memujuk (ber­kasih-kasihan dll); pujukan. 2 senda gurau; lawak jenaka. bercumbu-cumbuan 1 saling menuturkan kata-kata manis (ketika pujuk-memujuk, berkasih-kasihan dll). 2 bersenda gurau; berjenaka. mencumbu menuturkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll); memujuk. mencumbui menuturkan kata-kata manis kpd: Dia ~ isterinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perkasihanperihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercampur kasihberkasih-kasihan, cinta-men­cintai;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas