percintaan | 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkasih sayang | menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fitrat | Ar 1. tabii, bakat, pembawaan: memang ~ manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pd ahli keluarga sendiri; 2. perasaan keagamaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fitrah II | Ar 1. tabii, bakat, pembawaan: memang ~ manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pd ahli keluarga sendiri; 2. perasaan keagamaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermesra-mesraan | 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesraan: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasih sayang | 1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerakusan | 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakus | 1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup; kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayang I | bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. | Kamus Pelajar |
bersayang-sayangan | saling berasa sayang; berkasih-kasihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |