Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.wal] | برکاول

Definisi : 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.wal] | برکاول

Definisi : sedang menjaga keselamatan dll; berjaga: Beberapa orang askar ~ di istana itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkawalsedang menjaga keselamatan dll; berjaga: Beberapa orang askar ~ di istana itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkawal1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian;Kamus Dewan Edisi Keempat
ronda1. = meronda berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah ber­lakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; rondaan perjalanan berkeliling utk meronda, hasil meronda: polis melakukan ~ mengejut di kawasan itu utk menangkap penagih-penagih dadah; perondaan perbuatan (kerja-kerja) me­ronda.Kamus Dewan Edisi Keempat
jaga1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanak-kanak itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~ rumah tempat orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal (mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp atendan letak kereta; berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; men­jaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh: dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd, me­melihara: tiap-tiap orang patut ~ ke­si­hatan dirinya sendiri; 4. berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ ber­sung­guh-sung­guh supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi; menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu ~nya pd pukul enam pagi; terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2. peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya; kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk; penjagaan hal atau perbuatan menjaga; penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
kawal; berkawal sedang menjaga keselamatan dll; berjaga: Beberapa orang askar ~ di istana itu. mengawal 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. terkawal dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. kawalan usaha mengawal (menjaga, mengawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. pengawalan perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). pengawal 1 orang yg mengawal; penjaga; pengawas: ~ kampung. 2 orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan: ~ Kastam. 3 alat utk mengawal. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jaga malamberkawal (pd waktu malamKamus Dewan Edisi Keempat
kawalberkawal sedang menjaga keselamatan dll; berjaga:Beberapa orang askar ~ di istana itu . mengawal 1. menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan:Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2. memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi:Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. terkawal dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. kawalan sesuatu yg dikawal (dijaga, diawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. pengawalan perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). pengawal 1. orang yg mengawal; penjaga; pengawas:~ kampung. 2. orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan:~ Kastam. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang.Kamus Pelajar
bertunggusedang menjaga; berjaga; berkawal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengakapberjalan berkeliling kerana berkawal dll; meronda; mengintip.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rumah jagapondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas