Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.yuh.ka.yu.han] | برکايوه - کايوهن

Definisi : berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkayuh-kayuhan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkayuh-kayuhanberkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja);Kamus Dewan Edisi Keempat
kayuh I; berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja); mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan pe­rahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak; terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya me­ngayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar; kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kayuh, = pengayuh 1 alat yg diberi berdaun hujungnya dan digunakan utk menggerakkan perahu (sampan dll); dayung. 2 pedal basikal. berkayuh 1 naik perahu dgn menggunakan pengayuh; berdayung: Mereka ~ lambat-lambat ke hulu sungai. 2 merengkuh pengayuh utk menggerakkan sampan dll; berdayung: Malu ~ perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal dsb. mengayuh 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn pengayuh; mendayung: Dia ~ perahunya ke tengah sungai. 2 menjalankan basikal (beca dll) dgn memutarkan pengayuhnya; mendayung: Penarik beca itu ~ becanya dgn termengah-mengah. mengayuhkan mengayuh utk: Kerana saya tidak pandai berkayuh, dialah yg ~ saya ke hulu. kayuhan gerakan kaki atau tangan utk mengayuh; hasil mengayuh: ~ Rosman sangat pantas. pengayuh 1 kayuh; dayung; pedal. 2 orang yg mengayuh basikal (beca dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas