Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.bu.la.tan] | برکبولتن

Definisi : mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkebulatan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkebulatanmempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
ganti1. silih, penukar, pampasan: ambillah buku cerita ini sbg ~ tengok wayang; 2. = pengganti wakil: kalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau; 3. bp beralih, bertukar, berubah (tempat dll); ~ nama (Lin) kata utk menyebut diri (saya, engkau, dll); ~ tikar kahwin dgn adik atau kakak isteri yg telah mati; ~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan prb utk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dgn muafakat;berganti bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti: seseorang yg berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda secara ~;mengganti 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu? menggantikan menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang; gantian sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yg lain; pergantian pertukaran, peralihan, perubah­an (kpd sesuatu yg lain); penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung; pengganti benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bulat1. spt bola bentuknya: matanya yg ~ dan merah menentang mukaku; 2. bundar spt talam atau duit syiling; 3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dll), dgn keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu: seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya; kepercayaan yg ~; ~ bujur = ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong); ~ cekung lekuk yg melengkung; ~ cembung cembung yg melengkung; ~ fikiran tetap (teguh) fikiran; ~ geter Kl bulat benar (sungguh); ~ hati a) lurus hati; b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh; ~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia; ~ leting Kd betul-betul bulat; ~ lurus panjang bulat spt buluh; ~ mata biji mata; ~ pipih bulat dan pipih (spt duit syiling); ~ suara semuafakat; ~ tekad tetap hati; ~ torak bulat lurus; nombor ~ bukan nombor pecahan; telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun; ~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat prb, Mn kata sepakat tercapai dgn mesyuarat; ~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan prb, Mn sudah semuafakat benar-benar;sebulat dgn sangat bulatnya: keputusan ~ suara; mereka telah ~ pakat akan pindah dr sana;bulat-bulat 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing; Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;membulat 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan;membulati mengambil seluruhnya;membulatkan 1. membuat bulat (bundar); ~ tinju mengepalkan tangan; 2. menjadikan padu, memadukan; ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dll) menetapkan fikiran dll, mengarahkan fikiran dll kpd; ~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dgn pendapat yg bulat; bulatan sesuatu yg bulat, lingkaran: ~ bumi;buatlah satu ~ dlm segi tiga itu;kebulatan perihal bulat, kepaduan: ~ fikiran (muafakat, tekad, dll);berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita;pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dll): pengiraan yg melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas