berkemahiran | mempunyai kemahiran, mahir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peniup kaca | orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Sherpa | suku kaum di pergunungan Himalaya yg tinggal di sempadan Nepal dan Tibet, yg berkemahiran mendaki gunung, sering menjadi pengiring, pemandu arah, pembawa barang dsb utk pendaki gunung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahir | terlatih utk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu; memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; memahirkan melatih seseorang supaya cekap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fer-nando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; berkemahiran mempunyai kemahiran, mahir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiup | 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disampai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon menggembung-kan belon dengan nafas dll; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |