berkemban | 1 memakai kemban. 2 memakai kain sarung, tuala dsb hingga ke paras dada saja (tidak berbaju). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkemban | 1. memakai kemban; 2. memakai kain sarung hingga ke paras dada (tidak berbaju): beberapa orang perempuan yg kelihatan ~ sedang mencuci baju di perigi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkemban | 1. memakai kemban. 2. memakai kain sarung hingga ke paras dada saja (tidak berbaju). | Kamus Pelajar |
kemban | kain yg dipakai oleh orang perempuan utk menutup dada. berkemban 1 memakai kemban. 2 memakai kain sarung, tuala dsb hingga ke paras dada saja (tidak berbaju). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemban | kain yg dibelitkan di badan utk menutup dada (perempuan); berkemban 1. memakai kemban; 2. memakai kain sarung hingga ke paras dada (tidak berbaju): beberapa orang perempuan yg kelihatan ~ sedang mencuci baju di perigi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemban | kain yg dipakai oleh orang perempuan utk menutup dada. berkemban 1. memakai kemban. 2. memakai kain sarung hingga ke paras dada saja (tidak berbaju). | Kamus Pelajar |
menyindir | mengatakan sesuatu (utk mencela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir menantu prb mengata-ngatai orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindir | = sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyaknya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pembawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; menyindir mengatakan sesuatu (utk mencela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir menantu prb mengata-ngatai orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir: mereka mengambil kesempatan utk ~ antara satu sama lain; tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; penyindir orang yg (suka) menyindir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |