kembang biak | ; berkembang biak membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). mengembangbiakkan membiakkan supaya menjadi banyak; menjadikan berkembang biak. perkembangbiakan hal atau kejadian berkembang biak; pengembangbiakan hal atau proses mengembangbiakkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memekar | 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mekar | = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis embun keyakinan; memekarkan menjadikan mekar, mengembangkan; kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~ bunga-bunga di pekarang-an rumahnya itu; pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkembang biak | membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkembang | 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkembang biak | membiak menjadi banyak: kuman-kuman jenis ini sangat mudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkembang | 1. kembang (terbuka atau terbentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkembang | 1. terbuka atau terbentang:Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2. tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. | Kamus Pelajar |
berkembangan | berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memekar | 1 mula berkembang (bkn bunga); mengurai (bkn mayang). 2 berkembang dan menjadi banyak (bkn adunan); naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |