berkemungkinan | mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkemungkinan | mempunyai kemungkinan, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermotif | mempunyai motif, berdasarkan motif: Pembunuhan itu berkemungkinan ~ rasa cemburu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spekulasi /spékulasi/ | pelaburan yg melibatkan risiko yg tinggi tetapi berkemungkinan mendapat untung yg banyak. | Kamus Pelajar |
harus | 1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharusnya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelintaran perduaan(binary search) | Kaedah pencarian data dengan membahagikan butir-butir data kepada dua kelompok. Kedua-dua kelompok kemudian dinilai dan kelompok yang lebih berkemungkinan ada datanya dipilih. Pembahagian kepada dua kelompok kemudian dilakukan terhadap kelompok tersebut dan kelompok seterusnya sehingga data yang dicari dijumpai. | Kamus Komputer |
motif | 1 sebab yg mendorong seseorang berbuat atau melakukan sesuatu. 2 dasar fikiran atau pendapat. 3 sesuatu yg menjadi pokok atau tema dlm sesuatu cerita. bermotif mempunyai motif, berdasarkan motif: Pembunuhan itu berkemungkinan ~ rasa cemburu. bermotifkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg motif; berasaskan sesuatu perasaan, perbuatan dsb: Penculikan itu ternyata ~ wang ringgit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harus | 1. boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2. boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3. berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1. menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2. menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1. keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2. keadaan mungkin; kemungkinan:~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3. sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharusnya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. | Kamus Pelajar |
mungkin | boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguasai | 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |