berkerumun | berkumpul beramai-ramai di keliling sesuatu: Orang ramai ~ melihat kemalangan yg ngeri itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkerumun | berkumpul atau berhimpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerumun | ; berkerumun berkumpul beramai-ramai di keliling sesuatu: Orang ramai ~ melihat kemalangan yg ngeri itu. mengerumuni datang beramai-ramai mengelilingi sesuatu: Semut ~ gula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyemut | berkerumun dgn ramainya, menge-lilingi sesuatu dgn ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seligit | berkerumun banyak-banyak (semut dll), menyemut, mengerumut, terbang berkeliaran (kelawar dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerumun | ; berkerumun berkumpul atau berhimpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; mengerumuni datang beramai-ramai (banyak-banyak) mengelilingi seseorang atau sesuatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula; mengerumunkan = memperkerumunkan ark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu; kerumunan kumpulan orang yg berkerumun: dlm beberapa saat itu, aku hilang dlm ~ mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkerubung | berkerumun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhurung | berkerumun, berkumpul ramai-ramai atau banyak-banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggerumut | berkerumun banyak-banyak (bkn semut dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggeriak | berkerumun (merayap) banyak-banyak (spt semut dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |