berketahuan | tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghaib | 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahu I | 1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~ saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak: maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~ memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~ siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya; ~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a) mengetahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya; bawa (mem-bawa) ~nya sendiri menurut fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~ sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya; setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimaklumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk memberitahukan kpd; bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu; bertahuan sl berkenalan (dgn); tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan; tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg tertahu-tahu mati; mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau buktinya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui sepenuhnya oleh masyarakat bahasa Indonesia; ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; tak ~ Kd tidak siuman; berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal; berpengetahuan (banyak) mempunyai pengetahuan, berilmu, terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |