Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkewajiban,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkewajibanberkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggung­jawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
Dewan MoneterId lembaga yg berkewajiban menasihati dan mengawasi kewangan negaraKamus Dewan Edisi Keempat
buktiketerangan yg nyata, tanda kebenaran, dalil: dlm perbicaraan, pihak yg menuduh berkewajiban memberi ~ atau dalil yg menunjukkan pihak yg dituduh telah berbuat salah; surat inilah sbg ~ bahawa ia telah meminjam wang drpd saya; ~ diri Id keterangan tentang kenyataan diri; ~ nyata diri Id kad pengenalan; ~ saksi penyaksian, bukti yg dikemukakan oleh saksi; berbukti mempunyai bukti: kesalahan yg telah ~; berbuktikan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg bukti: pertukaran nama itu dibenarkan dgn ~ dokumen-dokumen sokongan yg sah sahaja;membuktikan 1. menyungguhkan (meyakinkan) dgn bukti: persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; 2. menyatakan kebenaran sesuatu dgn bukti: guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; 3. memperlihatkan: dlm mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;terbukti ternyata dgn bukti: nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dr segi undang-undang; pembuktian perihal (perbuatan, usaha, dsb) membuktikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dewan(déwan) 1. balai (ruang) tempat di­adakan sesuatu (spt persidangan, per­jumpaan, forum, ceramah, dll): Tuan Syed Nasir telah memberi ceramah berkenaan dgn Bahasa Kebangsaan di D~ Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar; 2. perbadanan (institusi, lembaga, dll) yg bertanggungjawab (bergiat, berkuasa, dll) dlm sesuatu bidang kegiatan dsb: D~ Rakyat sedang membahaskan anggaran belanjawan; D~ Bahasa dan Pustaka; D~ Bandaraya; D~ Perniagaan; 3. sl mahkamah tinggi; D~ Keadilan majlis tertinggi bkn adat di NS; D~ Keamanan Id a) Majlis Keselamatan BB; b) = D~ Keamanan Nasional dewan yg ditubuhkan oleh kerajaan utk mengawasi (menjaga) keamanan negeri; D~ Menteri Id jemaah menteri, kabinet; D~ Moneter Id lembaga yg berkewajiban menasihati dan mengawasi kewangan negara; D~ Nasional Id majlis yg mewakili masyarakat utk memberi nasihat kpd kerajaan; D~ Negara a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan agong; b) Pr majlis ter­tinggi bkn adat; D~ Negeri majlis mesyuarat negeri; ~ penasihat Id majlis yg memberi nasihat; ~ pengawas(an) Id dewan yg bertugas utk mengawas kerja pengurus perkumpulan (persatuan, dll); ~ perancang Id majlis yg merancang pembangunan negara; D~ Per­wakil­an Rakyat Id a) = D~ Perwakilan Rakyat Pusat Dewan Rakyat; b) = D~ Perwakilan Rakyat Daerah Dewan Undangan Negeri; ~ pimpin­an Id dewan yg memimpin parti (perkumpulan, persatuan, dll); D~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya); D~ Undangan Negeri (Per­sekutuan) majlis perwakilan rakyat negeri-negeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
wajibAr 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~ memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita; ~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg wajib membayar cukai; sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharus­nya: ~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihakpihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini; mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilaku­kan, diamalkan, dll), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar; kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggung­jawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas