berkewajipan | mempunyai kewajipan; bertanggungjawab: Ibu bapa ~ mendidik anak-anak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkewajipan | mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkewajiban | berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertanggungjawab atas (terhadap, ttg, dlm) | mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertanggungjawab | 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. 2 = ~ kpd menanggung segala tanggungjawab: Jemaah menteri ~ kpd parlimen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanggungjawab | 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. | Kamus Pelajar |
bertanggungjawab | 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. | Kamus Pelajar |
tanggungjawab | sesuatu (spt kerja, tugas) yg mesti dilakukan; kewajipan: Gaji yg diterimanya tidak sepadan dgn ~ yg dipikulnya. bertanggungjawab 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. 2 = ~ kpd menanggung segala tanggungjawab: Jemaah menteri ~ kpd parlimen. kebertanggungjawaban perihal atau sifat bertanggungjawab terhadap: Dia terlalu mengambil berat dan wajar diberi pujian atas ~nya terhadap projek itu. mempertanggungjawabkan membebani (seseorang dsb) dgn | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wajib | 1 mesti diamalkan (menurut agama Islam); tidak boleh tidak: Umat Islam ~ melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam. 2 sudah sepatutnya; mesti; perlu: Sbg ibu bapa, kita ~ mengasuh anak kita. ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan haji dan jika tertinggal dikehendaki membayar dam atau denda. berwajib bertanggungjawab melaksanakan sesuatu: Pihak ~ mesti mengambil tindakan. mewajibkan 1 menjadikan wajib; memestikan: Islam ~ penganutnya menunaikan rukun Islam yg lima. 2 memestikan sesuatu kpd: Kerajaan ~ kita memiliki kad pengenalan. kewajipan 1 sesuatu yg diwajibkan: ~nya terhadap orang tuanya tidak pernah dilalaikan. 2 tugas (perintah dll) yg mesti dilakukan: Mereka berjanji akan menjalankan ~ mereka dgn sebaik-baiknya. berkewajipan mempunyai kewajipan; bertanggungjawab: Ibu bapa ~ mendidik anak-anak. sewajibnya sepatutnya; semestinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wajib | Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~ memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita; ~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg wajib membayar cukai; sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya: ~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihakpihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini; mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dll), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar; kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajibkan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |